Selamat Datang Ke Blog Ini

Selamat Datang ke Blog ini....Kadang orang kita terlalu banyak bincang pasal politik. Mereka yakin dengan pegangan mereka. Persoalannya mengapa kita tidak mengambil semangat yang sama untuk bincang pasal ekonomi? Bila cakap pasal ekonomi ye, mulalah fikir macam-macam. Cuba lihat sirah Rasulullah. Bukankan Rasulullah telah menunjukkan bahawa Politik (Siasah), Agama dan Ekonomi semuanya penting. Bukankah Islam sampai ke Tanah Melayu melalui aktiviti perdagangan???

Atau kita tak tau nak bincang sebab tak tau nak mula kat mana???.


Ahad, 13 November 2011

Seorang Ayah Hanya Mampu Menyediakan Pendidikan... Kerja... carilah sendiri.

Seperti biasa, lepas solat maghrib aku menyembang dengan jemaah surau lain sementara menunggu masuk waktu Isyak. Ada la dalam 5 orang. Semuanya ahli kariah surau aku. Salah seorang korum tu Pengerusi PIBG sekolah yang tempat aku hantar anak aku. Aku panggil dia abang je, sebab usia kami tak banyak beza. Aku respek dia sebab dia banyak bantu merapatkan hubungan ibubapa dan guru. Dia berani menyuarakan pendapat kami kepada pihak sekolah. kadang2 dia straight-forward juga. Aku pernah teringat suatu hari dulu, mengelabah juga cikgu besar nak jawab soalan masa meeting yang lepas. Bila difikirkan semula, PIBG memang memerlukan pemimpin yang boleh menegur.


Keluarga aku dengan dia tak jauh beza. Kami masing-masing mementingkan pendidikan anak2. Kami tak kisah  kalu keluar duit. Kadang-kadang kami hantar anak pergi tuisyen. Macam-macam lah. Berkorban untuk anak. Boleh dikatakan anak aku dan anak dia yang tamat SPM berjaya masuk Universiti. Malam tu, entah macam mana aku tanya dia, "apa khabar anak abang kat Universiti tu". "Ahh baik je, dia sihat, cuma hari itu, masa dia balik ke rumah, kami ada sembang2 pasal graduan sekarang susah dapat kerja, dia yang mulakan topik tu, aku apa lagi layan je la. Dia kata dulu orang masuk U ni kalu keluar pasti ada kerja, orang kampung tumpang gembira. Tapi sekarang ni, masuk U belum tentu dapat kerja. Dah ada master pun belum tentu dapat kerja".


"Habis, apa abang kata kat anak abang tu" aku cuba korek rahsia perbincangan mereka dua beranak. Aku pun ada juga anak kat universiti tapi kami tak pernah bincang pasal perkara ni. Ahli jemaah lain tak kata apa-apa. Mereka pun kelihatan macam nak tau kesudahan berbincangan dua beranak tu.


"Dia kata, antara kursus yang pasti dapat kerja adalah perubatan. Keluar je dah ada hospital ambil. Budak yang ada biasiswa JPA biasanya peluang lebih cerah. Yang lain. kerja kena cari sendiri. Aku cuma mampu kata kat anak aku tu sabar dan teruskan belajar. Bila dah habis belajar baru fikir pasal kerja. Aku cakap tu supaya dia tak risau sangat pasal kerja tu" Balas kawan aku tu.


Dia menyambung lagi. "Kau tahu kan kita semua ni pegawai kerajaan, kau pun sama macam aku. Kita hanya mampu menyara keluarga dan pelajaran tapi kita tak mampu memberikan anak-anak kita peluang kerjaya. Cuba kau lihat anak Cina. Bila habis belajar mereka terus kerja dengan ahli keluarga mereka yang buat bisness. Belajar berniaga. Bila dah pandai sedikit, mereka pula yang buat bisness. Anak kita... masih lagi mengharapkan kerajaan untuk kerja. Kau kena faham kerajaan tak mampu nak sediakan tempat untuk semua anak Melayu yang keluar universiti ni. Mereka kena pandai-pandai cari kerja"


"Kau pun tahukan kuasa ekonomi ada pada Cina. Kita ada kuasa politik je. Kadang-kadang kita asik marah pada pemimpin kita pasal ekonomi Orang Melayu teruk. Tapi bila difikirkan lagi ekonomi kita teruk bukan sebab politik tapi sebab Orang Melayu itu sendiri. Kita tak mampu membina perniagaan kita sendiri. Bila kita tiada kuasa dalam perniagaan ni, maknanya kita gagal membina peluang pekerjaan untuk anak kita nanti. Selama ni kita hanya usaha untuk pastikan anak masuk universiti. Tapi kita tak pernah pun terfikir untuk berusaha bagi membina ekonomi orang kita sendiri. iyalah...bagi memastikan anak bangsa kita dapat kerja....


Cuba kau lihat, setiap bulan kita pasti beli barang. Terutama barang-barang yang wajib beli seperti sabun, ubat gigi, berus gigi, dan macam-macam lagilah barang yang setiap bulan pasti beli. Tapi semua barang itu dikeluarkan oleh mereka. Sekiranya kita mampu keluarkan barang sendiri, aku yakin kita boleh bagi kerja... boleh bagi makan, kat orang kita nanti" kawan aku itu berkata-kata dengan penuh perasaan.


Aku melihat kepada kawan aku tu. Aku cuba menjelaskan kepada dia bahawa berniaga walaupun nampak senang tetapi ia sebenarnya tidak sesenang yang disangka. Ramai orang Melayu cuba untuk berniaga. tetapi apabila kedai mereka nak berkembang mula lah macam-macam timbul. Terutama sukar untuk bersaing harga. Orang Melayu kalu buka kilang setakat kecil-kecilan je.Pastu produk susah nak masuk pasaran. Sebab pasaran di kawal oleh orang lain. Aku lihat kawan aku setuju dengan pendapat aku. Dia termenung... sama macam jemaah lain.


Aku sambung lagi. "Orang Melayu kita kalah dengan Orang Cina sebab kita berniaga tanpa strategi. Ramai yang menganggap buka kedai pasti ramai orang Melayu datang kedai dia sebab Orang Melayu ramai. Salah tu. tetapi Sekiranya ada syarikat Melayu yang bercita-cita untuk menguasai ekonomi kau nak dengar cerita tak?, aku dah dengar strategi dia untuk kuasai ekonomi, memang logik, kalu kau nak tau cerita baik kau telefon orang ni, nama dia Zul. No H/P 0133946107. Aku bukan tak boleh cerita tapi aku takut salah maklumat. Kau contact je dia sendiri. Dengan syarat kau kena bagi dia cerita secara bersemuka. Baru kau boleh nampak. Kalu cakap telefon je takkan faham punya. Sebab ni projek besar. InsyaAllah, bila projek ni berjaya. Anak kau yang sekolah menengah tu, bila tamat belajar dah takde masalah untuk cari kerja. Kalu kau tak mau telefon, SMS je dia tu Zul 0133946107


Iya sila hubungi saya Zu 0133946107 atau email: zoolmedic@yahoo.com untuk maklumat lanjut. Penyertaan terhad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan