Selamat Datang Ke Blog Ini

Selamat Datang ke Blog ini....Kadang orang kita terlalu banyak bincang pasal politik. Mereka yakin dengan pegangan mereka. Persoalannya mengapa kita tidak mengambil semangat yang sama untuk bincang pasal ekonomi? Bila cakap pasal ekonomi ye, mulalah fikir macam-macam. Cuba lihat sirah Rasulullah. Bukankan Rasulullah telah menunjukkan bahawa Politik (Siasah), Agama dan Ekonomi semuanya penting. Bukankah Islam sampai ke Tanah Melayu melalui aktiviti perdagangan???

Atau kita tak tau nak bincang sebab tak tau nak mula kat mana???.


Isnin, 21 November 2011

Mahasiswa Adalah Contoh Terbaik Kezaliman Ekonomi

Walaupun bergelar mahasiswa di sebuah universiti tempatan yang terkenal, aku tak pernah merasa bangga. Tetapi aku tetap bersyukur. Untuk meneruskan pengajian di Universiti, aku memohon pinjaman kewangan. Pengajian aku selama 4 tahun sahaja.


Kira-kira aku amat mudah... Makan seharian aku berbelanja lebih kurang RM20. Jadi dalam sebulan aku dah belanja RM600. Kalu campur dengan duit minyak motor, fotostat, top-up dan sebagainya. Aku merasakan belanja aku sebulan sahaja kira-kira RM800.... sama macam gaji pokok pekerja kilang. Maka dalam setahun aku telah belanja RM9600.


Sahabat-sahabat yang memiliki kenderaan, pasti belanja lagi lebih. Apa yang pasti, semua orang akan berbelanja termasuk aku yang bakal bergelar graduan ini.


Suatu hari... 


Aku berjumpa dengan senior aku yang juga mentor aku dalam mengharungi kehidupan di universiti. Dia berkata "Awak kena beringat, walaupun bergelar graduan, kerja belum tentu". Sambil menjelaskan ramai kawan-kawannya sukar mendapat kerja walaupun mempunyai keputusan yang baik. Aku cuba memahami apa yang ingin disampaikan.


Dia menjelaskan secara lebih detail bahawa, orang kita sukar dapat kerja bukan disebabkan kurang pengetahuan tetapi kita tiada kuasa ekonomi. Orang kita suka cakap lebih tapi hakikatnya.... kita lebih suka bermatian-matian pasal politik. Tapi kita lupa nak pinjamkan semangat yang sama untuk berbincang pasal ekonomi. Akhirnya, ekonomi kita amat jauh dari kita.


Itu sebabnya, orang kita kalu nak kerja pasti cari kerajaan. Mereka merasakan lebih selamat dan sebagainya. Hinggakan mereka juga merasakan untuk menaikkan ekonomi kita juga perlu berharapkan kerajaan. "Adakah kita BODOH atau hendak LEPAS TANGAN dari memikirkan masalah ekonomi kita sendiri". Ayat yang aku ingat  dalam pertemuan kami.


Disebabkan ekonomi jugalah graduan Melayu kita ni gagal dapat pekerjaan. Kita tak pernah dengar ada budak Cina sukar dapat kerja. Budak-budak mereka yang tak masuk Universiti pun mudah dapat kerja. Malah gaji mereka lebih besar dari gaji budak Melayu yang baru kerja. 


Takkan awak tak terasa sedih melihat Orang yang sama dengan kita. Saudara kita bekerja sebagai, pengawal keselamatan dengan alasan mereka ini sebelum ini adalah askar... Bekerja sebagai tukang sapu, dengan alasan sekurang-kurangnya mereka ada kerja dari meminta-minta... Bekerja sebagai operator-operator kilang, dengan alasan mereka tiada pendidikan... Jadi apa bezanya mereka dengan orang asing yang kerja di Malaysia.


Takkan kita tak lihat, berapa ramai orang Melayu beragama Islam "di beli" untuk menukarkan agama atau sekadar menghadiri majlis mereka. Kononya meraikan "Majlis Berbuka Puasa". Berapa ramai orang Melayu menjual aset mereka kepada orang lain untuk dibangunkan. Berapa ramai orang Melayu terpaksa keluar dari kawasan bandar kerana kos kehidupan di bandar telah meningkat. Akhirnya kita tak mampu memiliki aset di kawasan yang strategik, yang mempunyai nilai hartanah yang tinggi.


Di mana kita....


Kita tiada kilang besar untuk bagi pekerjaan kepada orang kita. Kita tiada jaringan pemasaran untuk memasarkan produk kita. Kita tiada persatuan yang boleh memperkuatkan struktur ekonomi kita, dan semangnya kita tiada struktur ekonomi. Kalu nak berniaga... kita adalah penjual terbaik produk-produk mereka.


Kita hanya ada....


Kedai-kedai kecil, IKS yang produk mereka sukar masukki pasaran dan koperasi yang memberi bantuan kewangan dengan harapan untuk galakkan mereka berniaga.


Untuk berjaya dalam perniagaan kita masih berasaskan kepada "projek-projek kerajaan". Menjadi kontraktor pilihan orang Melayu untuk menjadi kaya. Akhirnya... kita kaya tetapi kita kaya sorang-sorang. Ramai lagi orang Melayu yang tak makan.


Berbanding dengan Cina...


Struktur ekonomi mereka amat kukuh. Kita janganlah berangan nak lawan mereka dari segi struktur tu. Disebabkan ingin berlawan dengan merekalah kita sampai sekarang berada di takuk sekarang ni. Orang kita merasakan majoriti penduduk Malaysia adalah Melayu, jadi mereka akan datang ke kedai kita. Tapi kita lupa nak studi strategi mereka. Lihatlah kenapa orang Cina boleh kaya secara organisasi, berjemaah atau dengan kata lain kekayaan mereka mampu menaikkan ekonomi mereka dengan JELAS.


Kita... MELAYU. Suka sangat bercakaran. Dalam arena persilatan, kita suka menonjolkan diri siapa yang lebih handal. Sedangkan ada yang lebih handal tapi biasanya orang ini senyap je.


Kita... MELAYU. Ada yang baru-baru nak kaya. Tapi itupun dah heboh satu Malaysia. Sedangkan ramai lagi yang kaya dan mereka ini lebih mengambil sikap TAWADDUK.


Kita... MELAYU. Amat suka berpolitik. Yakin dengan pegangan masing-masing. Syukur. Tapi ramai yang mempertahankan ego masing-masing. Merasakan diri dah betul.... Macam-macam lagi. Cubalah dalam masa kita berpolitik... dengan SEMANGAT POLITIK itu kita bincangkan pasal ekonomi. Lupakan pasal ideologi sebentar. Bersatu dalam ekonomi.... itupun sekiranya pendapat saya betul.


Sejauh Mana MAHASISWA MENJADI MANGSA EKONOMI?


Untuk memudahkan pemahaman... apabila mahasiswa membuat program besar universiti. Biasanya exco ekonomi atau mencari dana biasanya bukan orang kita, dengan alasan mereka mudah dapat sponsor. Maksudnya mereka senang dapat sumber kewangan. Berbanding kita. Agak sukar. Kita mungkin mengambil masa yang lama untuk kumpul beribu-ribu berbanding mereka mungkin mengambil masa hanya satu minggu. 


Itu semasa di universiti. Mereka senang dapat sumber kewangan. Kalu keluar universiti pun, mereka masih mendapat kelebihan berbanding orang-orang kita dari segi peluan pekerjaan. Tetapi yang gagal dapat kerja, tak lain dan tak bukan adalah orang kita.


Kita nak SALAHKAN SIAPA KALU MAHASISWA MENJADI MANGSA EKONOMI?


Adakah kita nak salahkan kerajaan? Sampai bila kita nak persalahkan orang lain sedangkan kita juga adalah penyumbang utama masalah tersebut. Sebagai contoh. Produk-produk yang ada di dapur kita, produk dalam tandas kita -sabun, pencuci lantai, bedak, dan lain-lain, siapa yang buat produk tersebut. Bukan orang kita kan? Kalu kita tak support produk kita siapa lagi nak support. 


Masalahnya produk orang kita tiada dalam Pasaran? itulah sebabnya saya dan anda beli produk lain-lain. Betul itulah masalah utama kita. Kita tiada strategi untuk memastikan produk kita boleh bersaing di pasaran. Tetapi sebenarnya kita kena cipta (create) pasaran kita sendiri.


Melalui pengalaman, sukar produk kita untuk masuk ke dalam pasaran seperti supermarket, hypermarket pasaran borong dan sebagainya yang telahpun secara total dikuasai oleh mereka. Di sini, kita tiada cara lain. Gunakan semangat berpolitik itu untuk sama-sama berjuang mencipta pasaran baru orang Islam Muslim. Dengan harapan dari Perlis sampai ke Sabah. Apabila kita keluarkan produk kita terutama barang yang pasti kita beli setiap bulan, kita terus dapat pasarkan secara meluas.... Membina pasaran... InsyaAllah menguasai pasaran.


Selepas hampir satu jam bersembang dengan mentor aku. Aku tanya dia, macammana kita nak cipta pasaran. Dia jawab ringkas "Strategi. Strategi jugalah rahsia Orang Cina berjaya di Malaysia ini".


Renungan.
1. Politik hanya boleh mengubah polisi kepada yang lebih baik tapi tak mungkin dapat mengubah struktur ekonomi.
2. Masalah mahasiswa sukar dapat kerja bukanlah masalah global, yang dihadapi oleh semua kaum tetapi ia lebih kepada Masalah Pelajar Melayu Islam.
3. Untuk menaikkan ekonomi, tiada cara lain melainkan kita lah yang memperjuangkannya.
4. Kalu saya ingin memberitahu rahsia strategi orang Cina ini adakah anda ingin tahu. Antara lain di dalam strategi ini kita akan dapat lihat, kita selama ini di cipta untuk menjadi pembeli yang setia dan mereka adalah pengeluar produk.
5. Pembinaan ekonomi, memerlukan kerjasama semua orang kita. Anda juga amat diperlukan. Sekiranya anda berminat untuk memperjuangkannya sila hubungi kami. Beruntunglah bagi mereka yang AWAL-AWAL MEMPERJUANGKNYA.


Kuala Lumpur: Zul (0133946107), email: zoolmedic@yahoo.com.
Buterworth, Sungai Petani: Hafiz (0124224440)
Alor Setar, Sik: Fazli (0179559094)

1 ulasan:

  1. xdapat keje, sambung la master.. memang la ekonomi xmaju, dah semua malas...

    BalasPadam