.... Pada tahun 3 Mac 1924, Mustafa Kamal Ataturk mengadakan sidang khas Dewan Perwakilan Nasional Turki.Beliau berucap panjang lebar perihal permintaannya supaya memutuskan semua hal yang berhubungan dengan Islam dan Turki, menghapuskan sistem khalifah Islam buat selama-lamanya, mengusir sultan, keluarganya serta penyokongnya keluar dari Turki dan juga harta mereka dirampas di samping menukar undang-undang Islam dengan undang-undang barat.
.... Pada tahun 1925, berlakunya pemberontakan rakyat Turki ke atas Kamal Ataturk tetapi mereka ditumpaskan dengan menggunakan kekuatan tentera. Ekoran itu Masjid ditutup dengan alasan menjadi tempat menentang pemerintah. Masjid Aya Sofia dijadikan muzium, Masjid Al-Fateh dijadikan gudang.
.... Pada tahun 1926 Hukum Islam digantikan dengan Hukum Swiss. Tarikh Hijrah digantikan dengan Masihi. Huruf Jawi dengan Huruf Latin. Kaum wanita disuruh berpakaian seperti barat. Kaum lelaki tidak dibenarkan memakai serban. Al-Quran diterjemah ke dalam bahasa Turki. Azan dilaungkan dalam bahasa Turki.
Sehingga seorang penyair Turki yang terkenal iaitu Ahamad Syauqi yang pernah menyanjung Mustafa Kamal Ataturk dalam bait-bait puisinya mula menunjukkan kebenciannya. Pada suatu ketika dahulu, dia pernah menyanjung Mustafa Kamal Ataturk dengan Khalid Al-Walid. bait-bait puisi hasilan nukilannya adalah seperti berikut.
Allahuakbar
Penaklukan demi penaklukan sungguh mengkagumkan,
Wahai Khalid Al-Walid Turki,
Berjuanglah seperti Khalid Arab,
Beliau pernah menyamakan Mustafa Kamal Ataturk dengan Salahuddin Al-Ayubi
Kamu tempuhi perjuangan para budiman di Jerusalem,
Di mana musuh berjuang tanpa mengenal hukum dan kesopanan,
Kamu meraih kemenangan,
Seperti putera Ayubi,
Beliau juga pernah menyamakan Mustafa Kamal Ataturk seperti pahlawan Badar
Pada hari Badar,
Di mana kebenaran menari dengan gembira,
Hari ini kita menari sambil mengucap,
Selamat pulang wahai pahlawan Badar,
Tetapi apabila beliau tahu siapa itu Mustafa Kamal Ataturk yang sebenar, maka dia mengubah bait-bait puisinya...
Kini irama pengganti menjadi ratapan,
Kita meratap di tengah-tengah kegembiraan,
Kamu kagankan malam pengantin,
Dan kamu pergi tatkala pagi menjelang,
Mimbar dan laungan Azan malambaimu,
Sedang takhta meratap menangisi pemergianmu,
Dari India hingga ke Mesit terdengar ratapan,
Menangisi pemergianmu,
Syam, Iraq dan Parsi tertanya-tanya,
Mengapakah khalifah dihapuskan daripada bumi ini?
Alangkah malangnya,
Selepas merdeka dikubur hidup,
Dibunuh tanpa melakukan kesalahan,
dan...
Kemuliaan sudah tergelincir dalam kebinasaan,
Kini tiada lagi harapan mengiringi pemergiannya,
Khalifah dimusnahkan tanpa ada pembelaan,
Mereka tidak mahu lagi kaum Muslimin wujud,
Mereka menjadi kelompok besar dalam kesesatan,
Ku tatapi diriku, bangsaku dan tanahairku,
Semuanya lenyap sekelip mata,
Apabila seorang yang kejam menjadi pemimpin,
Orang-orang merdeka menjadi hamba.
Rujukan buku: Mustafa Kamal Ataturk Penegak Agenda Yahudi
Karangan Abdul Latif Talib
Dicadangkan untuk dibaca |
Mohd Zoolhilmi Bin Md Salleh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan