Kisah benar – kaedah cerita yang berlainan.
“Eh kawan kita si Ali (bukan nama sebenar) mana dia pergi,
dah lama tak jumpa dia, dah 3 kali kita buat usrah. Sekali pun batang hidung
dia tak nampak. Dulu dialah orang yang aktif, kalu kita buat usrah ke, rehlah
ke dia lah orang kuatnya. Dengar cerita dia ada masalah pelajaran, kau ada
dengar cerita tak?”. Aku bertanya kepada Zam kawan sekuliah dengan aku.
Walaupun dia pangkat abang tapi disebabkan dah biasa, aku panggil dia Zam je. “Tak
dengar cerita apa-apa pun”. Zam menjawab ringkas.
Aku menceritakan kepada Zam bahawa semalam dia ada bertemu
Ali kat biliknya. Dia ada kata yang dia nak letak jawatan sebagai exco Kebajikan
jemaah di surau kita tu. Dia kata tak sempat nak belajar, markah ujian dia
teruk sampai kena panggil dengan pensyarah. “ habis tu apa kau bagi tau dia”
tanya Zam kepada aku ringkas. Aku kata kat dia supaya banyak-banyak sabar,
banyakkan solat tahajjud, banyak baca Al-Quran semoga amalam-amalan tu boleh
bagi dia kekuatan. Dia anguk je masa aku cakap. Zam bertanya lagi kat aku,
sejauh mana aku kenal Si Ali tu.
“Ali tu anak seorang datuk di KL. Anak orang berada. Emak
dan ayahnya walaupun mengamalkan Islam tapi disebabkan sibuk, mereka jarang di
rumah. Kakak dia yang selalu menasihatkan Ali supaya selalu bersabar, belajar
bersungguh-sungguh dan solat. Dia suka tolong orang. Masa rehlah hari tu, aku
sembang-sembang dengan Ali, dia kata dia seronoh masuk jemaah sebab boleh
mendalami Islam. Macam-macamlah dia bagitau aku. Dia tak pernah pun bagi tau
masalah dia”. Aku menunggu respon dari Zam. Zam kelihatan terfikir-fikir apa
yang nak dia bagi tau aku. Dia bagi tau aku ringas je tapi penjelasannya agak
panjang.
“aku rasa pendekatan kau itu tak kena” jawab Zam ringkas
sambil menghirup minuman petang di cafe di kolej kami. Zam menjelaskan bahawa
kemungkinan nasihat aku tu tak tepat pada masanya atau tak kena dengan
orangnya. Kalu kita nak nasihat orang yang selalu buat ibadah tersebut seperti
tahajud, puasa sunat, mengaji dan sebagainya tak de masalah. Tapi kalu kita
nasihat begitu, kepada orang yang baru-baru nak beramal Ali akan merasakan
disebabkan dia tak beramal dia dapat masalah. Ini akan menyebabkan dia rasa
lebih terbeban, dan nasihat kita tu rasanya dia takkan buat pun.
“Cuba kau pergi jumpa Ali semula, jangan bagi nasihat
apa-apa pun, pergi ziarah dia bawalah sedikit buat tangan, beli kerepek ke atau
kau ajak dia makan bilik kau tu. Cuba tanya dia apa masalah dia. Kalu boleh
biar dia luahkah segala masalah dia tu”. Zam memberi ideanya kepada aku sambil
menjelaskan, berkemungkinan Ali memerlukan kawan untuk dia meluahkan
perasaannya. Zam memberi contoh yang aku tak pernah fikirpun. Zam menyoal aku
kenapa apabila budak jemaah berjiwang dengan budak luar jemaah, biasanya dia
akan jauh dari jemaah?
Soalan Zam tu tak mampu aku jawab. Walaupun realitinya ada
berlaku kepada beberapa orang kawan aku sendiri tapi aku tiada jawapannya. “Kuch
Kuch Hota Hai” sinis aku. “Apa tuh!” tanya Zam kepada aku. “Tak de ape-ape.
Nehi- Nehi” Gurau aku.
Zam menjelaskan, apabila budak jemaah berjiwang dengan budak
lain, biasanya mereka akan selalu melauhkan perasaan. Kat situ wujud elemen
care. Mereka cuba menasihati masing-masing. Mereka bercakap dengan jiwa (soul).
Elemen care ni tak semestinya wujud antara muslimin dan muslimat. Antara muslimin-dengan-muslimin
juga boleh di wujud. Zam bertanya aku “apa kau rasa kalu, ada orang tanya kau
dah makan ke belum. Kau tentu rasa seronok bukan. Bila rasa seronok kau rasa
hubungan kau dengan kawan kau tu rasa rapat je. Itulah care tu” Zam tanya lagi “Apa
akan jadi kepada Ali kalu dia ada berjiwang dengan bukan budak jemaah kita,
yang tak faham pasal dakwah nie?”. “Tak tau”. Jawab aku. “Berkemungkinan Ali,
akan terus menyepi diri sebabnya dia berkemungkinan akan ikut nasihat awek dia
tu, silap-silap lagi negatif. Tapi kalu dia ada muslimat yang dia minat,
InsyaAllah muslimat tu boleh nasihat dia”. Aku mengiyakan cakap si Zam tu. Baru
aku tahu Zam kawan aku tu ada juga isi di dadanya, selama ni dia senyap je.
.... kami dua-dua senyap seketika.
Tiba-tiba Zam tanya aku kenapa aku sertai jemaah di kolej
kita tu. Aku hanya jawab, aku nak buat dakwah, nak didik diri supaya dekat
dengan Allah, mengajak orang Islam membuat kebajikan dan menolak kemungkaran......aku
menjawap dengan penuh semangat. Zam hanya mampu mendengar. Aku menunggu respon
Zam.
“Aku tau kau dah lama sertai jemaah ni tapi sepanjang kau
dengan jemaah, pernah tak kau rasa, kau sertai jemaah disebabkan kau tiada
pilihan?”. Aku mengerutkan dahi tanda tak faham apa yang Zam cuba sampaikan.
Zam memberi aku masa untuk berfikir, akhirnya selepas beberapa ketika Zam
menjelaskan kepada aku.
Apabila kita tidak merasakan berada di dalam jemaah adalah
satu keperluan kita berkemungkinan merasakan berada di dalam jemaah adalah satu
pembaziran. Pembaziran masa dan sebagainya. Kita akan merasakan kalu nak
belajar agama pun kita boleh cari sendiri. Kalu kita terrer agama sket, kita
akan merasakan jemaah tak boleh bagi apa-apa. Kalu nak berdakwah, kita akan
merasakan biarlah ustaz-ustaz pi ceramah kat masjid-masjid buat dakwah sebab
kita tak de ilmu untuk berdakwah.
Tetapi, kalu kita rasa, kita sertai jemaah sebab tiada
pilihan, hanya dengan jemaah, kita boleh bergerak jauh untuk berdakwah,
menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran kau akan merasakan kau akan
sentiasa memerlukan jemaah walaupun kau kurang ilmu agama.
“Sori Zam aku tak faham sangat laa” Aku cuba mencelah cakap
Zam sebab aku dah makin confius.
Zam memberi analogi lain. Dia mengambil contoh ekonomi. Dia berkata
“sekarang kau pergi ke kedai-kedai, supermarket-supermarket di mana-mana pun,
kebanyakkan barang-barang yang kita beli, guna dan makan selama ni bukan dibuat
oleh Orang Islam. Dalam sebuah bandar seperti KL ni berapa banyak kedai Orang
Islam yang kau jumpa, kau pernah kerja kilang lepas SPM dulu kan, ada kau
nampak kilang Orang Islam ke. Tak bukan? Hampir semuanya orang Cina punya
bukan? Orang Cina dah lama menguasai ekonomi Tanah Melayu bukan?.... Masa kau
kerja di kilang dulu, pasti kau akan tengok operator kebanyakkan adalah orang
Melayu dengan orang Indon dan Bangla. Orang Cina biasanya diperingkat
pengurusan. Pendapatan ribu-ribu. Malah ada yang pakai keta besar bukan?
...Aku hanya mengangguk setuju. “memang betul pun” jawab aku
ringkas.
Zam tanya aku lagi “Pernah tak kau dengar anak-anak orang
Cina, bila keluar universiti macam kita ni ada masalah untuk kerja? Tak de kan.
Biasanya orang yang macam kita ni la yang susah nak dapat kerja. Nak harapkan
kerajaan, berapa banyak tempat kosong yang mereka boleh tawarkan. Tu yang ramai
orang kita menganggur tu. Takkan kau nak salahkan kerajaan sebab tak de kerja.
Memang betul politik kita pegang tapi ekonomi mereka punya. Jadi peluang
pekerjaan di sektor-sektor swasta, lebih mudah untuk anak-anak mereka” Zam cuba
menjelaskan kepada aku dengan teliti.
Zam bertanya ladi kepada aku “Pernah tak kau merasakan, kau
perlu membuat sesuatu ke atas ekonomi kita sekarang nie. Kau merasakan seperti
kau tiada pilihan, sesuatu perlu dilakukan. Kalu tak sampai bila-bila ekonomi
kita tak berubah”.
“Tak pernah la pula aku fikir sampai gitu sekali” jawab aku
ringkas.
“ kau tak pernah fikir sebab kau tak de kaedah untuk
mengubah ekonomi, takde strategi, kau merasakan kerja cukup makan pun takpe
sebab itulah yang kebanyakkan orang kita fikir. Tapi dalam jemaah semuanya dah
ada, ustaz untuk mengajar kita, sahabat-sahabat kita, usrah, rehlah, semuanya
dah ada. Cuma yang takde rasa berada dalam jemaah adalah satu keperluan. Kalu dia
ada perasaan itu, insyaAllah bila tamat belajar nanti pun dia akan cari
mana-mana usrah. Betul tak ?”.
“Eh. Dah dekat maghrib nie, jom pi surau dulu. Nanti kau pi
jumpa Ali, cuba sembang dengan dia”. Perbualan kami takat tu je.
Semasa bergerak ke surau, aku terfikir apa yang dibagitau
oleh Zam pasal ekonomi. Aku terfikir... mampukah aku berkerja, di mana aku
bekerja, kalu tak kerja macam mana aku nak bagi sumbangan kepada jemaah, emak
ayah, bagaimana dengan ibadah aku, pergaulan aku dengan orang luar. Kuatkah aku?....
Pengajaran
Bagi aku, aku bukan lah terbaik. Untuk disamakan seperti tentera Al-Fateh yang Rasulullah kata Constantinopole akan ditakluk oleh Sebaik2 kerajaan yang dipimpin oleh sebaik2 raja yang mempunyai sebaik-baik tentera. Bukan ustaz untuk bagi ceramah. Nak buat segala amalan, aku berani berterus terang, amat jarang yang aku buat. Tapi yang pasti aku kena selalu berbaik sangka dengan Allah. Kalu ada sedikit kecelakaaan atau kelebihan pun semuanya dari Allah.Dan selalulah bersolat jemaah terutama Subuh. Sebab bagi aku subuh adalah alat terbaik untuk mengesan iman kita, kalu kita gagal solat subuh secara berjemaah maknya iman kita dah turun sket...
Pengajaran
Bagi aku, aku bukan lah terbaik. Untuk disamakan seperti tentera Al-Fateh yang Rasulullah kata Constantinopole akan ditakluk oleh Sebaik2 kerajaan yang dipimpin oleh sebaik2 raja yang mempunyai sebaik-baik tentera. Bukan ustaz untuk bagi ceramah. Nak buat segala amalan, aku berani berterus terang, amat jarang yang aku buat. Tapi yang pasti aku kena selalu berbaik sangka dengan Allah. Kalu ada sedikit kecelakaaan atau kelebihan pun semuanya dari Allah.Dan selalulah bersolat jemaah terutama Subuh. Sebab bagi aku subuh adalah alat terbaik untuk mengesan iman kita, kalu kita gagal solat subuh secara berjemaah maknya iman kita dah turun sket...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan