Selamat Datang Ke Blog Ini

Selamat Datang ke Blog ini....Kadang orang kita terlalu banyak bincang pasal politik. Mereka yakin dengan pegangan mereka. Persoalannya mengapa kita tidak mengambil semangat yang sama untuk bincang pasal ekonomi? Bila cakap pasal ekonomi ye, mulalah fikir macam-macam. Cuba lihat sirah Rasulullah. Bukankan Rasulullah telah menunjukkan bahawa Politik (Siasah), Agama dan Ekonomi semuanya penting. Bukankah Islam sampai ke Tanah Melayu melalui aktiviti perdagangan???

Atau kita tak tau nak bincang sebab tak tau nak mula kat mana???.


Isnin, 14 November 2011

SAMPAI BILA KITA NAK GUNA PRODUK ORANG?

Suatu hari semasa minum kopi di kedai makan berhampiran Masjid UM aku di datangi oleh seorang kawan aku. Dia kawan sekelas aku. Aku panggil dia Mat je. Sementara menunggu kelas kami minum-minum dulu. Bagi memulakan perbualan aku tanya dia, pernah tak naik bangunan tinggi seperti KL Tower tu. Dia kata tak pernah. Dia kelihatan cuak dengan persoalan aku. Kelihatan macam aku nak terjun bangunan je. Aku bagi tau kat dia aku OK je. Jangan risau.


Aku sambung perbualan. "Takpe lah kalu tak pernah naik KL Tower, tapi kau mesti pernah naik bangunan tinggi atau naik hotel. Cuba perhatikan ke bawah. Cuba kau kira kat bawah tu berapa banyak kedai orang kita.?" Dia mengerut-ngerut dahinya sambil berkata tak nampak satu pun kedai kita. "Kalu ada pun kecil, tak nampak, Ala mana-mana bandar kebanyakkan bisness pun bukan kita punya. Malah kat pekan-pekan kecil pun mana ada orang kita. Tapi ada satu bandar kat Malaysia ni aku rasa ramai orang kita iaitu Kota Bharu. Aku rasa seronok sangat. Barang dia pun bukan mahal sangat" respon Mat, kawan aku tu.


Aku hanya perhatikan gelagat Mat tu. Aku hanya dapat mengiakan pendapat dia yang memang ada benarnya. Dia tanya aku, sebab dia tahu aku orang Kelatan. "Ha kenapa, kita tak dapat buat macam Kelantan kat sini ye? kan best kalu ramai peniaga orang kita berniaga. Mereka boleh bagi peluang kerja kepada anak bangsa kita sendiri. Kenapa yek" soal Man kepada aku. Aku cuba memberi pandangan aku "Kau rasa senang ke nak buat bisnes, mereka dah lama berniaga, mereka ada persatuan yang boleh memberi bimbingan kepada anak-anak mereka yang nak berniaga. Lagipun mereka telahpun ada network mereka sendiri. Pernah kau dengar pasal BAMBOO NETWORK. Mereka mempunyai kilang. Produk kilang mereka akan dipasarkan melalui agen pemasaran mereka, agen-agen mereka akan memasarkan semula ke pemborong-pemborang dan supermarket atau hypermarket yang besar-besar. Mereka boleh bagi offer kat produk mereka." aku minum kopi sebelum sambung


"Peniaga Melayu. Apa yang mereka ada. Persatuan, mana ada persatuan Melayu yang betul-betul kukuh, ada laa 2-3 persatuan tetapi itu tak cukup. Network, sejak bila kita ada network. Kalu ada pun amat kecil. Biasanya terhad di negeri masing-masing. Itu sebab produk kita yang dihasilkan di Kedah hanya boleh didapati di Kedah je. Kilang, mana ada kilang kita yang besar, IKS ada la, kilang belakang rumah pun ada. Orang kita hanya mampu berniaga secara kecil-kecilan sahaja. Macam berniaga pasar malam tu. Produk mereka beli dari pemborong mereka. Itu sebab barang yang dijual oleh orang kita agak mahal. Bila harga mahal, macam mana kita nak bersaing dengan gergasi perniagaan mereka tu" Aku menamatkan cerita aku bagi memberi peluang Man untuk bersuara.


"Takkan pemimpin kita tak boleh buat apa-apa. Kita kan ada kuasa politik?" jawab Man ringkas. "Man... kau dengan orang kita yang lain pun sama je, memang betul kita ada kuasa politik. Tapi politik dan ekonomi adalah dua perkara yang berbeza. Politik hanya boleh cerita pasal kebajikan rakyat, kestabilan sosial, peluang pekerjaan... banyak lagilah tapi aku nak tanya kau bagi kau mudah faham man. Kalu politik berubah, adakah kilang mereka akan jadi kilang orang kita? tak semudah itu kan. Apabila mereka pegang kuasa ekonomi, hakikatnya mereka berjaya mencipta banyak peluang pekerjaan terutama untuk anak bangsa mereka dan kita tak boleh nafikan perkara itu.Amat sukar orang kita untuk memasuki dan bekerja dengan mereka. Mereka memastikan hanya yang betul-betul layak saja yang boleh bekerja bersama mereka. Yang lain, kerja peringkat rendah. jadi operator kilang macam Indon atau Bangla "


"Tapi Man, kalu kau fikir jauhpun tak de gunanya. Tapi kalu kau nak mengubah suasana di atas aku nak bawak kau berjumpa seseorang. Dia dah lama membuat kajian macam mana orang Cina boleh amat berjaya di Tanah Melayu, dan yang penting syukur kepada Tuhan dia dah ada jalan penyelesaiannya. Aku pernah sendiri berjumpa orang nie, dan aku lihat paperwork dia memang bijak. Aku berharap lah suatu hari nanti ekonomi orang kita dengan orang Cina lebih seimbang. Yang penting kita perlu bersatu dan berjemaah untuk membina ekonomi kita sendiri. Jangan harapkan orang lain untuk membina ekonomi orang kita. Kalu kau nak hubungi orang itu sendiri aku letakkan ini nombornya. Kalu kau tanya aku projek itu boleh naikkan ekonomi kau, aku lebih optimis kau boleh buat duit". Jawab aku ringkas. 


Pengajaran
Pembinaan ekonomi adalah penting. Kegagalan kita menguasai ekonomi menyebabkan keuntungan perniagaan akan pergi ke pihak lain. Pihak lain akan mengaut untuk dari aktiviti pembelian kita. Akibatnya kita sendiri yang menyebabkan anak bangsa kita kurang peluang pekerjaan di dalam sektor swasta. Bukannya orang lain. Kalu kita asyik tanya pasal masalah ekonomi kita boleh senaraikan 1001 macam masalah, tapi kalu kita cuba menyenaraikan penyelesaian adakah kita nak dengar. Sekiranya saya ada jalan penyelesaian hendakkah anda dengar (KL) Zul 0133946107 (zoolmedic@yahoo.com), (Butterworth, S.Petani) Hafiz, 0124224440 (Alor Setar) Fazli 0179559094)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan