Selang seminggu, di dalam kelas penyarah yang sama, aku tanya lagi "Prof boleh tak saya bersiasah dengan siasah Islam, seperti mana yang telah di bawa oleh Nabi kita Nabi Muhammad SAW yang mana baginda di lahirkan di daerah terkebelakang di dunia. Tetapi... hanya 23 tahun sahaja, beliau mengubah sepertiga dunia. Orang pertama dalam sejarah, berkat kekuatan iman, pasukan Arab yang kecil jumlahnya berjaya mengubah sejarah. Di Timur, kerajaan Parsi yang luas tumbang di bawahnya. Di Barat, Rom, kuasa tentera terkuat di dunia tunduk di bawah tapak kakinya. Penggantinya menyapu bersih Afrika Utara sehingga Lautan Atlantik, dari Selat Gibraltar sehingga ke Visigot di Sepanyol" Tanya aku. Aku menunggu apa yang akan di cakapkan oleh professor kesayangan aku itu. Dia cukup berkaliber dan pandai mengambil hati pelajar sehinggakan kami merasa setiap perbingangan kami dengan nya adalah amat ilmiah walaupun kadang-kadang, mungkin orang luar rasa kami ni dah over acting.
"Jadi, maksud awak, politik seperti mana siasah Rasulullah. Iya" Jawabnya ringkas. "Iye la Prof. Bukankah siasah tu politik, cuma terminologi je yang lain. Apalah prof ni" Aku berseloroh. Aku rasa Prof aku tu dah dapat baca apa yang ada dalam fikiran aku.
Aku ingat dia nak bagi respon, tapi dia soal aku balik sesuai dengan status dia sebagai pensyarah aku "Pernah baca, bibliografi Nabi Muhammad SAW tak?, Pernah baca buku tentang Sultan Muhammad Al-Fateh menguasai menguasai Constantinopole tak? Tahu kenapa selama 799 tahun orang Islam gagal menguasai Constantinopole tapi pada tahun ke 800, di bawah kepimpinan Al Fateh barulah Constantinopole di kuasai oleh orang Islam. Apa yang awak tau pasal politik ?"
"Bibliografi Rasulullah saya pernah baca. banyak pengajaran dalam tu. Perkara-perkara tersurat dan tersirat dalam pembentukan Madinah, dakwah, ekonomi, muamalat dan macam-macam lagi lah prof... tapi maaf lah prof saya baca tak habis lagi buku tu. Sibuk. Prof bagi saya lah kan, kita berbolitik bukan setakat nak berkuasa. Tapi lebih lagi, kita nak memastikan kebajikan rakyat terjamin dan dalam masa yang sama kita boleh membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Saya bukan bermaksud berpolitik tu naik ke pentas-pentas politik dan bagi ceramah-ceramah. Prof pun tau saya ni jenis tak reti nak ceramah-ceramah nih, dok depan kelas pun ketaq (ketar)" Jawab aku panjang lebar.
Pensyarah aku menjelaskan ke dalam kelas setelah melihat semua rakan-rakan aku memberi penumpuan kepada soal jawab aku dengannya. Kelas kami berkaitan dengan Ketamadunan Islam.
"Politik dalam Islam adalah politik yang amat Indah dan luhur. Tetapi ramai orang kita lupa, atau mungkin buat-buat lupa... siasah dan politik adalah perkara yang sama. Islam tak mengajar kita berpolitik untuk bermegah-megah yang mengatakan aku ada kuasa? Islam kata... Ia... kau mungkin ada sedikit kuasa di dunia tetapi di akhirat Allah tanya balik mereka-mereka ini ... Siapakah di antara mereka-mereka ini yang berkuasa (Raja) dan Allah jawab balik, akulah Raja yang sebenar-benarnya."....
..."Kalu tak silap saya, Saidina Umar pernah berjalan malam, di sekitar kampung nya untuk memastikan semua penduduk kampung OK!, dalam perjalanan tu dia tiba di sebuah rumah. Dia terdengar pasal perbualan seorang tua yang tak cukup makan. Bila dengar tu Saidina Umar terus ke pejabatnya mengambil gandum dan... dia sendiri memberikan gandum tersebut... anda mungkin pernah mendengar cerita tu kan.... emmm... tetapi sekarang jauh beza. Politik kita seorang-olah terperangkap dengan politik barat. Hari ini kawan hari esok menjadi lawan, dan ini adalah sebenarnya agenda yahudi. Yahudi berjaya mewujudkan parti republican atau democrate seperti di US tu tapi sebenarnya mereka adalah sama ja" Prof aku terdiam. Dia memandang kami semua seolah-olah faham, yang kami ni tak faham apa yang dia cakap.
"Sori-sori saya terkeluar topik. Topik pasal politik di Amerika tu kita sembang lain kali. Hah hari tu awak kata nak join politik, nak join macam mana?"
"Prof. Saya nak join dengan perasaan saya dan kekuatan saya. Saya nak join politik Rasulullah. Politik rasulullah berjaya membuktikan, Islam datang bukan sebagai penakluk tetapi sebagai penyelamat. Penyelamat manusia di Dunia dan di Akhirat. Niat saya prof, kalu ditakdirkan saya mati sebelum grad biarlah Allah tahu perjuangan saya selama ini untuk memastikan semua kita selamat Dunia dan selamat Akhirat. Bagi saya sekecil-kecil perjuangan adalah berkata benar walaupun pahit" Jawab saya.
"Awak benar" Jawab penyarah aku ringkas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan