Selamat Datang Ke Blog Ini

Selamat Datang ke Blog ini....Kadang orang kita terlalu banyak bincang pasal politik. Mereka yakin dengan pegangan mereka. Persoalannya mengapa kita tidak mengambil semangat yang sama untuk bincang pasal ekonomi? Bila cakap pasal ekonomi ye, mulalah fikir macam-macam. Cuba lihat sirah Rasulullah. Bukankan Rasulullah telah menunjukkan bahawa Politik (Siasah), Agama dan Ekonomi semuanya penting. Bukankah Islam sampai ke Tanah Melayu melalui aktiviti perdagangan???

Atau kita tak tau nak bincang sebab tak tau nak mula kat mana???.


Rabu, 16 November 2011

Bagi Aku... Silat Cekak Lawan Hantu Cina Pun Boleh

Tau tau la, apa demo fikir pasal ambo. Apasal la ambo yang berumur lebih 10 tahun dari demo join Silat Cekak Malaysia kat UM? tak sibuk kah dengan master? tak segan kah? semua budak-budak je berlatih? jurulatih semua muda-muda, OK kah?.


Jawapan ambo senang je. Ambo tak do pilihan. Dulu lagi ambo dah tau pasal Silat Cekak ni. Nak kata  segan ke, tak de masa ke, semua alasan kita boleh buat. Tapi, ambo tahu faedah Cekak sebab tu ambo cari Cekak. Ambo dah lalui banyak pengalaman, kadang-kadang benda tu boleh selesai dengan Cekak.


Kisah nya bermula sebegini...(suspen je)


Ambo dibesarkan di Felda. Lebih tepat Felda Bukit Bulat, Melaka. Saya bahasakan Ambo sebab orang Kelantan bahasa kan diri saya sebagai Ambo (Hamba), demo tu awak lah. 


Bersekolah di Sekolah Menengah Dato` Dol Said. Ambo jenis yang tak suka sukan sebab tak reti main. Kaki bangku. Tapi ambo suka kepada Seni Bela Diri. Salah sorang kawan rapat ambo memang aktif dalam seni bela diri. Dia masuk Taekwando. Ambo nak masuk juga tapi sebab halangan masa dan tempat ambo tak dapat nak join. Kami kadang-kadang main-main karate bata belakang sekolah. Pasu sekolah yang dah pecah pun kami karate jugak. Buat kerja sia-sia tapi patah juga kalu korang nak tau. Bangga gile. Walaupun ambo tak join Taekwando. 


Kalu cerita buku komik kungfu tu jangan cerita lah. Siap boleh nak tiru lagi aksi dalam buku tu. Kelakar juga bunyinya kan. Dulu punya minat nak belajar Taekwando, siap fotostat lagi buku pasal Taekwando tu.


Pernah satu malam ....


Ada pergaduhan budak-budak kampung ambo. Pergaduhan tu memang sebelah rumah ambo. Ambo memang dengar jelas tumbukan. Dup! dup!. Walaupun Ambo dok dalam rumah, dengan ambo-ambo sekali rasa kecut perut. Pucat jugak. Padahal dok dalam rumah tuh. Nak bukak tingkap pun takut. Nak tolong, sori la. Budak-budak yang gaduh tu bukan calang-calang. Ada sorang tu memang ambo kenal, kalu dia tumbuk pokok pisang ada yang boleh tumbang. Cuba la korang bayangkan. Betapa besarnya penumbuk dia tu.


Bagaimana pula dengan demo, kalu terlibat dengan pergaduhan, atau ada orang pukul ke, nak buat jahat ke, apa-apa je lah... demo ingat ada orang nak tolong. Ambo lebih fikir, tak de sorang pun nak tolong walaupun kejadian tu berlaku dalam kawasan orang ramai. Kat tempat ambo tu bukannya takde orang. Sekeliling  tu kawasan rumah. Rumah felda mana ada yang jauh-jauh.


Jadi, kalu ada kejadian macam tu, ambo kena lindungi diri sendiri.... kan.. tak boleh nak harapkan orang.


Habis SPM, masuk matrikulasi UKM di Kuala Pilah. Tu lah pertama kali masuk asrama. Terasa darak (bahasa kelantan) atau jakun la. Biasalah, budak-budak laki kat asrama ni ada geng-geng dia. Pergaduhan kecil tu biasa la. Seperti biasa, orang lebih suka tengok dari nak tolong. Orang lebih suka menghukum dari bagi bantuan. Walaupun orang yang kena pukul tu belum tentu bersalah. Ambo sori la, tak mau campur urusan camtu. Sebenarnya takut kena pukul. Demo tak takut ke kalu kena pukul?


Masa kat Matrik, ambo join Taekwando, bab sepak-sepak ni memang ambo minat sangat la. Tali pinggang putih je (tahap asas). Tapi bab sepak-sepak ni ambo kira ambo bagus juga la. Sebab ada latihan sedikit-sedikit masa kat sekolah dengan kawan ambo tu. Kadang-kadang ambo terfikir juga macam mana la budak pompuan nak berlatih lompat, regangan yang terkangkang tu, Tendang kat kepala dan banyak lagi lah. 


Pada suatu hari, kita orang semua budak matrik kena kumpul kat dewan sebab ada demo (demostrasi) silat Cekak. Masa kat demo tu lah ambo rasa Cekak ni bukan main-main. Ada satu yang ambo nak cakap pun tak tau. Nak join cekak masa tu tak mungkin lah sebab tengah syok menyepak kat latihan Teakwando.


Habis Matrik ambo masuk UKM, 1998. Fakulti Farmasi UKM. Apa lagi ambo terus masuk silat Cekak kat situ. Ambo belajar sampai tamat. Habis belajar, 2003 ambo kerja dengan HUKM. Kadang-kadang masa kerja kita kena kaunseling ubat dekat katil pesakit. Kaunseling ni macam bagi tau ubat ni untuk apa, camne nak makan,  kalu makan dengan buah-buahan ada kesan samping ke, macam-macam lagilah. Ambo tengok ramai kawan ambo takut nak kaunseling atau interview pesakit di wad gila. Sedangkan mereka tu dah stabil dah. Takut tiba-tiba orang tu naik angin kot. Atau takut kena cium bagi yang perempuan la. Demo berani ke?


Ada satu lagi kes yang Ambo boleh ingat sampai sekarang. Ada orang kena kelar dekat tasik permaisuri. Lepas kena kelar orang tu dihantar ke HUKM. Seingat ambo orang tu kena serang, mungkin dengan Mat Rempit, kalu tak silap. Apa puncanya ambo tak tau. Mat Rempit tu pakai pisau lipat seposen tu je. Bukan pakai parang. menyebabkan orang tu ada 16 (kalu tak silap, yang pasti lebih 10) kelaran pada badan dia, masih hidup tapi banyak urat putus. Kalu demo nak tau, Kawasan tu bukannya kawasan tak de orang. Setahu ambo kawasan tu tempat budak-budak melepak. Cubalah kalu orang tu ada Cekak.... tak tau lah ambo nak kata ape kan. Sekurang-kurangnya selamat lah sedikit.


Sebab dah lama tinggal cekak, memang ambo dah lupa pasal cekak. Yang ingat kaedah A, B, C dan D tu je. Tapi bagi aku cekak adalah paling bahaya. Mengajar kita untuk merendah diri, bukannya nak cari pasal dengan orang. Sebab tu kita berdiri macam qiam solat.


Tapiii... kalu ada serang, itu masanya kita pertahankan hak kita. Diri kita, keselamatan kita, tanggung jawab kita lah untuk pertahankannya.


Sebab itu bila ditawarkan melanjutkan pelajaran ambo terus cari Silat Cekak Malaysia nih. Sebab ambo tahu, kalu bergaduh (kena attack la) ambo nak menang. Ambo faham dalam Cekak mana ada action atau bunga, semua makan je. Buat apa nak lompat-lompat bazir tenaga. Terkangkang sana-sini untuk senaman. Semata-mata nak pastikan kaki boleh sampai atas kepala lawan. Bagi ambo itu semua tak perlu. Yang penting ambo nak menang. Tapi sekurang-kurang nya ambo nak selamat.


Kadang-kadang ambo tengok cerita orang putih yang bergaduh-gaduh ni. Cuba perhatikan, kebanyakkan mereka bergaduh kat kawasan terbuka (opened field). Tapi bila mereka berlakon bergaduh dalam pejabat yang sempit mulalah kaki sangkut kat meja. Ye lah nak kena buka kekuda. Kaki sangkut la kat kaki meja. Pas tu camne nak sepak. Kantoi-kantoi. Nak lawan kena pecahkan meja dulu pas tu baru lawan. Cuba suruh mereka berlakon dalam bas lak. Tak naya. Tu yang pakai pistol tu.


Emm.. tak tau lah korang boleh nampak tak apa yang ambo nampak nie. Kalu yang umur panjang dan mengamalkan Cekak, cuba tengok cerita-cerita gaduh. Try la ambik buah-buah tu. Pastu pasti korang rasa bangga.


Itu semua sejarah ambo. Ada lagi sejarah hidup ambo tapi tu biarlah rahsia...


Tapi, bagi demo yang masih belajar ni, perjalanan masih jauh. Demo tak tau, demo akan kerja kat mana? jadi apa yang ambo cakap ni anggap lah ini sebagai nasihat dari seorang abang kepada seorang adik. Cuba demo fikir...


1. Apabila demo kerja demo adalah berseorangan. Demo akan memandu ke tempat kerja berseorang. Mungkin balik lambat. Macam-macam boleh berlaku kan. Cuba bayangkan masa balik dari pejabat.. malam pulak tu, tiba-tiba tayar kereta pancit. Demo nak buat ape. Telefon pomen datang? Kalu pomen betul OK juga lah tapi kalu dah malam tu fikir-fikirkan je lah.


2. Mungkin ada antara korang jadi cikgu, ustazah mana lah taukan. Murid sekarang bukan macam dulu kan? Bukan semuanya baik. Murid serang cikgu pun dah ada sekarang. Takkan nak lari dengan pakai baju kurung kan kalu kena serang? Protect la diri dulu kan.


3. InsyaAllah ada yang akan kawin. Tapi sampai bila suami nak lindungi demo. Kita akhirnya akan berseorang juga. Pergi kerja sorang-sorang. Kadang-kadang kena dok rumah sorang-sorang sebab suami balik lambat. Kalu orang pecah rumah. Ada orang akan tolong ke kalu demo jerit. Orang takkan tolong punya. Orang mungkin telefon polis je. Sementara polis nak datang?


4. Ada juga yang tanya kalu orang tu pakai pistol. Ambo nak jawab pun tak pasti. Tapi demo kena ingat polis yang ada pistol pun kena belajar seni bela diri, maksudnya apa. Pistol bukan segala-galanya.


Bagi aku Cekak ini amat istimewa. Amat Exclusive. Umpama barang kemas yang disimpan rapi dalam tempat nya. Dalam peti besi. Kalu emas Zhulian tu, letak atas meja pun belum tentu orang nak ambik. Ala demo ni buat tak faham-faham pulak. Contoh lain, kalu demo ada anak dara yang exclusive (pandai jaga kehormatan, dll) tak kan nak tayang kat orang kan. Itu bagi pandangan ambo je.


Orang luar mungkin hanya memandang dan pandai bagi komen, walaupun tak tau apa-apa. Sehingga kita boleh rasakan mereka ni agak bodoh sebab tak tau pasal silat nak bagi komen pulak. Abaikan mereka sebab meraka tak tau. Mereka mungkin tertanya-tanya, bolehkah Cekak melawan seni bela diri luar? jawapan ambo senang je, kalu cekak tak boleh selamatkan diri ambo masakan ambo cari Cekak balik. Baik ambo masuk je seni bela diri kat pejabat ambo dulu tapi ambo yakin Cekak adalah Terbaik.... Bukan setakat nak lawan orang, nak lawan hantu cina pun boleh.... toing...toing..toing


pengajaran
Jangan harap orang akan tolong kita bila kita di serang. Tapi biarlah kita dapat menolong orang, orang yang akan diserang. Tanamkan dalam diri semangat perjuangan Rasulullah. Bacalah sirah-sirah keperibadian rasulullah. Hamba Allah yang merendah diri tapi bila di serang, dialah pemimpin tentera. Meminpin tentera ke jalan dunia dan jalan akhirat. Macam mana nak pimpin tentera kalu takde taktik atau skill untuk berperang, betultak?


Apa yamg ada di atas itu adalah dari pendapat sendiri. Kalu ada yang terasa hati ambo minta maaf.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan