Walaupun bergelar penjawat awam. Aku mempunyai cita-cita
yang besar iaitu untuk kaya-raya Bukan memiliki kereta atau rumah yang besar. Tidak
seperti setengah orang, juga mempunyai cita-cita besar tetapi cita-citanya
hanyalah setakat memiliki rumah atau kereta besar. Untuk dapat semua itu ramai
yang terperangkap dengan skim-skim yang atas nama MLM dan sebagainya. Skim
ternak cacing, rorex dan sebagainya.
Aku ingin membina rumah anak-anak yatim. Rumah anak Yatim
Profesional sesuai dengan ilmu yang aku ada sekarang. Untuk pengetahuan anda,
di dalam jabatan kerajaan aku di kelaskan dalam kumpulan Pegawai dan
Profesional (P&P), Pangkat 44. Tak lama lagi naiklah 48 pulak. Ilmu yang
aku belajar di universiti dan ilmu yang aku perolehi semasa bekerja itulah yang
aku nak terapkan di dalam rumah anak yatim profesional aku itu.
Setakat ini setahu aku, tak da lagi rumah anak yatim sebegini.
Semuanya hanya berteraskan pengajian seperti mana pengajian yang ada sekarang.
Mereka tiada suasana, untuk memastikan perkembangan pemikiran kanak-kanak. Pendekatan
psikologi yang sepatutnya, pemakanan yang baik, penggunaan kaedah-kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang terkini. Sebabnya jawapannya senang... kemampuan kewangan
terbatas.
Bukan bermaksud rumah anak-anak yatim sekarang tidak
profesional. Tetapi profesional yang aku cuba maksudkan adalah anak-anak yatim
yang aku cuba didik sehingga mereka berjaya dunia dan akhirat. Mempunyai
pendidikan agama yang baik tetapi dalam masa yang sama kita dapat tunjukkan
mereka untuk menjadi seorang yang amat berguna sebagai masyarakat. Mendidik
mereka untuk menjadi sebagai contoh seorang doktor, pensyarah, farmasi, peniaga
yang berjaya. Sekiranya ia berjaya direalisasikan, mereka berjaya atas asbab kita. InsyaAllah, pahala itu akan berterusan sampai bila-bila.
Cuba kita bayangkan, sekiranya kita nak didik anak-anak kita
untuk menjadi seorang doktor yang mempunyai fikrah agama (sebagai contoh), kita
asuh dia dari kecil. Kita wujudkan suasana yang kondusif untuk anak-anak kita
itu belajar. Kita hantar dia ke sekolah yang baik. Adakah perkara itu wujud di
rumah anak-anak yatim sekarang?... Itu sebabnya anak-anak yatim rumah orang
Kristian (contohnya) lebih berjaya.
Ada kita lihat, anak-anak yatim bangsa lain mengutip
sumbangan? Tiada bukan... SEMUANYA ANAK BANGSA KITA.
Aku pasti, sekiranya rumah Anak Yatim Profesional itu wujud,
InsyaAllah sahabat-sahabat aku dari gologan profesional seperti doktor pakar, teknokrat
Islamik, ahli akademik dan Ustaz atau Ustazah terbaik boleh memberikan
sumbangan. Cikgu juga tidak terkecuali.
... tetapi...Sekiranya aku tidak mempunyai dana yang cukup dan stabil
macam mana aku nak pastikan Rumah Anak Yatim Profesional aku boleh survive. Aku tak mahu mereka mengutip
sumbangan semata-mata untuk membiayai Rumah Anak Yatim Profesional aku. Aku nak
pastikan mereka memperolehi pendidikan yang mantap, dan suasana yang kondusif
untuk perkembangan minda mereka itu. Kalu aku hanya berharapkan pendapatan
gomen. Tak yah la fikir nak buka Rumah Anak Yatim Tu.
Untuk memastikan Rumah Anak Yatim Profesional mempunyai dana
yang tetap, aku memikirkan untuk membina sebuah pusat perniagaan. Macam yang
Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari buat tu. Di Pusat Perniagaan tu, mereka boleh belajar berniaga cara lebih profesional. Supaya mereka tahu macam mana untuk buat perniagaan, dan bukannya mengajar mereka untuk meminta-minta. Maaf kalu ada yang terasa hati.
Dulu aku merasakan, aku boleh kaya raya dengan membuat
forex. Jual beli mata wang. Aku pernah cuba bermain forex secara maya. Untuk
dapat USD1000 semalam bukanlah mustahil. Tetapi dalam proses memahami forex
dengan lebih lanjut aku terbaca artikel dalam Majalah Solusi, karangan Dr. Ust.
Zaharuddin pasal forex.
Forex adalah haram, sebab di dalamnya banyak sekali unsur
riba. Sejak hari tu aku tak main forex. Walaupun kalu nak buat duit amat mudah.
Nak buat MLM, aku rasa sangsi dengan MLM. Sejak dulu hingga sekarang aku hanya
lihat hanya beberapa orang Melayu kaya, itupun tidak kekal. Mereka kaya disebabkan ramai
orang bawahnya. Kalu orang bawahan lari, dengan dia-dia mati sekali.
Aku melihat MLM hanya boleh bagi kewangan sementara. Itu
sebab aku perhatikan mereka biasanya membeli rumah atau kereta besar secara
tunai. Seolah-olah mereka sendiri tak yakin pendapatan mereka boleh berkekalan.
Malah ada yang ada kereta besar pun kena jual balik kereta tersebut kerana tak
mampu bayar.
Aku perhatikan juga, orang Melayu dalam MLM biasaya perlu
buat jualan. Pelbagai kaedah jualan. Ada yang menggunakan fast track untuk
kejar pangkat dan pelbagai lagilah. Yang pasti orang Melayu perlu buat JUALAN. Untuk
membuat jualan, kena buat iklan. Iklan pun orang kita juga. Mana pernah kita
jumpa iklan dalam surat khabar atau di masjid-masjid di buat oleh orang bukan
Melayu kan?
Tetapi, walaupun kita lihat orang Melayu bertungkus lumus, meeting
sana sini, balik rumah sebelum subuh dan pelbagai lagi. Yang pasti kaya bukan
lah kita. Orang bukan Melayu juga yang kaya. Seolah-olah kita memperkayakan
orang lain semata-mata mengejar bonus.
Kalu orang kita dapat RM100,000 sebulan bonus anda percaya
tak orang bukan Melayu dapat sejuta. Buktinya logik yang saya fikirkan, kalu produk filter air harga
RM500 di jual dengan harga RM2000 (harga ahli). Syarikat dah untung RM1500 pada
satu filter air je. Kalu tanya apasal jual mahal, syarikat kata nak bayar
bonus. Kita tak pernah soal RM1500 itu untuk bonus siapa kan???
Dalam masa, aku kecewa dengan forex. Sebab di situ ada unsur
riba yang jelas. Aku cuba masuk bisnes cacing. Buat baja organik menggunakan
cacing. Dari segi perniagaan, aku merasakan perniagaan cacing tu profesional
sebab ada perjanjian dan sebagainya. Tiba-tiba aku dengar syarikat ada masalah.
Baja yang dihasilkan gagal dijual. Satu gudang baja yang dihasilkan tidak dapat
dijual. Sebelum ini aku dengar baja tersebut akan dihantar ke Cameroon
Highland, masuk pasaran Jepun dan sebagainya. Termasuk baja aku lah. Jadi kami
peserta-peserta ternak cacing tak dapat sebarang bayaran.
Kini aku semakin jelas, walaupun kita mempunyai produk yang
baik. Tapi produk orang Melayu gagal masuk pasaran tempatan. Cuba bagi tau,
siapa yang nak pasarkan produk kita?. Kita sendiri kan! Tapi mana ada orang
kita yang buat pasaran atau marketing. Tiada kan!
Cuba kita dengar radio IKIM. Iklan perniagaan.
Kita akan dengar orang Melayu kalu nak pasarkan produk kena buat pemasaran
sendiri. Produk yang kita hasilkan, kita juga yang pasarkan. Akhirnya kita
hilang fokus. Nak buat produk atau nak pasarkan produk. Tetapi, sebenarnya kita
tiada pilihan. Kena buat dua-dua sekali. Cuma yang penting, apakah strategi
yang kita nak gunakan?
Cuba lihat sekeliling anda, tak banyak produk orang kita
berada di pasaran. Walaupun kalu kita buka TV berkaitan dengan perniagaan
banyak je orang Melayu hasilkan produk. Tapi mana produk mereka? Di Giant,
Tesco, Econsave ada ke produk orang kita. Itu sebab mereka lebih gemar pasarkan
produk ke pasaran Asia Barat.
Kalu nak bincang pasal masalah. Kita boleh cerita
macam-macam masalah. Kadang-kadang lebih dari pensyarah ekonomi. Tapi kalu kita
nak bincang pasal penyelesaian, semua cuba bagi pendapat masing-masing. Kalau penyelesaian
dah ada pada ilmu pensyarah ekonomi sudah pasti ekonomi kita tak sebegini. Sekurang-kurangnya
1juta pelajar Melayu yang telah keluar dari universiti tempatan sejak sekian
lama boleh menaikkan ekonomi kita. Tetapi ilmu tu hanya dapat memperkayakan
individu. Tetapi gagal menaikkan ekonomi orang Melayu Islam kita ni.
Maksudnya, pelajar kita boleh jadi orang yang kaya. Tetapi kekayaan
itu bercorak individu. DIA KAYA SEORANG-SEORANG JE. Anak bangsa masih di takuk
lama.
Saya dah lama perhatikan perkara ini. Saya pasti jawapannya
ada pada praktikal yang ada pada perniagaan bangsa Cina. Bukan dalam ilmu teori
dalam buku. Apakah rahsia mereka?
Hinggakan suatu hari saya diberitahu tentang suatu strategi.
Saya dapati strategi itu merupakan jawapan kepada semua persoalan di atas, dan
mustahil saya nak ceritakan pasal strategi itu di sini. Mustahil saya nak
ceritakan perkara yang besar di sini.
Strategi ini bukan untuk dirahsiakan, tetapi untuk dikongsi. Hasrat untuk berkonsi rahsia tersebut telah berjaya membuka minda beberapa orang sahabat dan anda boleh menghubungi mereka untuk mendapat maklumat berkenaan. Mereka akan menjelaskan dengan detail dalam pertemuan yang akan di aturkan. Mereka adalah
Zul (Kuala Lumpur) 0133946107, Zoolmedic@yahoo.com.
Hafiz (Butterworth, Penang dan Sungai Petani) 0124224440
Fazli (Alor Setar, Sik), 0179559094.
Adakah Kalau Anda Hubungi Kami Akan Ada Masalah?
(Tidak)
Adakah Kalau Anda Tidak Hubungi Kami Anda Akan Ada Masalah?
(Tidak)
Adakah Kami Akan Bermasalah Sekiranya Anda Hubungi Kami?
(Tidak)
Adakah Kami Tidak Bermasalah Sekiranya Anda Tidak Hubungi Kami?
(Tidak)
...... Semuanya terletak pada anda.
Sekiranya hasrat ini tidak dapat direalisasikan oleh saya, moga-moga suatu hari nanti akan ada orang yang mempunyai cita-cita dan berhasrat seperti saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan