"Abang nanti tolong carikan keow teow ye! nak buat keow teow sup malam nanti. Beli yang orang kita buat ye" kata isteri aku. Dia dah 5 bulan mengandung. Anak kami yang ke-5. Faham sangat la dia tengah mengidam. Lagipun aku dah lama tak makan keow teow sup nih. Aku pun kira mengidam juga. Lalu aku capai kunci kereta dan terus pergi ke Giant yang berhampiran di rumah aku. Matlamat aku satu, nak beli kuoe teow orang kita punya. Aku terus ke bahagian barang basah. Aku nampak kuew teow. Lega, misi berjaya. Aku belek-belek keow teow tu, ada cop halal Jakim, keluaran produk... emm ada tulisan jawi, produk Malaysia, di kilangkan oleh..... terus aku terbayang, email dan gambar yang aku terima pasal keadaan kilang pembuat mee dan keow teow nih. Tak jadi ambil walaupun pada masa yang sama aku lihat orang sebangsa dengan aku ambik tanpa kisah pun sapa yang buatnye. Aku bergerak ke Tesco....
Jarak Tesco dari rumah aku kira-kira 10km. Bini punya pasal lah katakan. Sanggup cari jugak. Aku tak telefon bini aku nak bagitau kat Giant takde keow teow tu. Kalu aku bagitau pasti dia suruh aku balik ke. Aku faham sangat perangai dia tu. Tak suka nak menyusahkan orang lain. Pergi Tesco pun tiada hasil. Lepas tu aku terfikir, selama ni yang aku dan keluarga aku makan kat kedai tu mana datangnya benda-benda tu. Patutlah budak yang nak hafal Al-Quran kalu makan terus benak!. Kalu makan banyak lagi boleh terus mati hati. Bila mati hati macam mana hidayah nak masuk. Bila keras hati tu yang jadi mat rempit, bohsia, rogol, dadah... ala bunuh pun biasa. Tu yang buang bayi tu, tak bunuh orang namanya. Perasaan aku mula berkecamuk.
Aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Sebelum sampai rumah aku singgah gerai minum yang biasa aku minum. Orangnya berkopiah dan dia bersih tak seperti peniaga lain. Aku pesan secawan kopi. Sementara menunggu pesanan aku telefon isteri aku nak bagitau keow teow orang kita tak de. "Takpe lah bang, bukan senang nak beli produk orang kita tu, bukanya orang kita tak buat tapi biasanya kedai-kedai besar milik mereka takkan ambil barang kita punya. Abang balik je lah..." isteri aku jawab dengan nada sayu.
Bila kopi sampai. Aku mengambil peluang untuk bersembang dan bertanya abang tu mana nak beli keow teow orang kita buat. Dia suruh saya tengok kat kedai seberang jalan sana. Kedai Melayu. Lepas minum kopi dan bayar aku terus ke kedai yang dimaksudkan. Di situ aku bernasib baik sebab ada tinggal 3 paket keow teow. Aku membeli kesemuanya...
Dalam perjalanan pulang aku terfikir, betapa susahnya untuk orang kita pasarkan produk sendiri. Aku tau kalu produk kita masuk Giant, Tesco, Econsave... aku yakin produk mereka tak boleh jalan sebab orang kita ramai kat Malaysia ni. Tapi apa kan daya. Bisness is bisness. Kalu mereka tak jual produk mereka, macam mana kilang mereka nak maju, macam mana orang mereka nak kerja. Tapi bila tiba nak jual barang mereka letak budak-budak kita kat depan, kat kaunter bayaran. Hampir semua orang kita. Takkan kita tak boleh buat sesuatu.
Aku berfikir lagi, sekiranya aku ada sejuta. Apa bisness yang aku buat boleh bagi kerja kat ramai orang? Buka kedai? berapa orang je boleh kerja...Buka kilang, industri kecil? boleh ramai yang ada kerja tapi, kalu aku buka kilang mana aku nak pasarkan produk tu. Yang pasti ambil produk aku kedai-kedai Melayu je lah. Kalu mereka tak ambil boleh bankrup aku.... akhirnya aku sampai kat rumah tanpa mendapat jawapan.
Lepas aku serahkan keow teow tu kat isteri aku, aku termenung kat sofa. berfikir...dan berfikir.... isteri aku tengok pun pelik. Aku ceritakan perkara yang aku fikirkan. Jawapan dia senang je. "Ala abang fikir 1000 tahun pun belum tentu dapat jawapannya. Tapi kalu abang nak jawapannya abang contact orang ni Zul 0133946107. Dia ada jawapannya. Dia kawan lama Yang masa kat Universiti dulu". Aku fikir betul juga. Fikir benda yang takde jawapan ni boleh pening kepala. Baik aku cari jalan penyelesainya... aku terus hubungi Zul yang dimaksudkan.
Saya tahu, anda pun selalu fikirkan pasal perkara di atas. Kalu kita fikir tanpa jawapanpun tiada gunanya. Yang kita perlu buat adalah mencari jalan penyelesaian. Kalu anda nak tahu jalan penyelesainya hubungi saya Zul 0133946107 atau email zoolmedic@yahoo.com. Siapa lagi nak selesaikan masalah ekonomi orang kita kalu tidak kita sendiri.
Selamat Datang Ke Blog Ini
Selamat Datang ke Blog ini....Kadang orang kita terlalu banyak bincang pasal politik. Mereka yakin dengan pegangan mereka. Persoalannya mengapa kita tidak mengambil semangat yang sama untuk bincang pasal ekonomi? Bila cakap pasal ekonomi ye, mulalah fikir macam-macam. Cuba lihat sirah Rasulullah. Bukankan Rasulullah telah menunjukkan bahawa Politik (Siasah), Agama dan Ekonomi semuanya penting. Bukankah Islam sampai ke Tanah Melayu melalui aktiviti perdagangan???
Atau kita tak tau nak bincang sebab tak tau nak mula kat mana???.
Isnin, 14 November 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan